Tanpamu Ibu, Aku Miskin

Bismillahirrahmanirrahim..

Setelah sekian lama aku tidak update blog ini,akhirnya aku kembali. Namun aku sedikit gembira apabila blog ini sentiasa ada yang sudi berkungjung. Mungkin ada beberapa artikel di blog ini yang boleh dimanfaatkan bersama,insyaallah..

28 April 2012 merupakan tarikh yang aku tidak akan lupa buat selama-lamanya. Mungkin sebelum ini tarikh lahir ayah,ibu ataupun kakak-kakak aku kadangkalanya aku terlupa,namun tarikh ini aku yakin bahawa aku tidak akan lupa sehingga akhir hayat aku.

Pada tarikh ini,aku telah kehilangan seorang insan yang secara fitrahnya amat aku kasihi dan sudah pasti setiap insan dia atas muka bumi ini turut sama menyayangi insan ini. Insan ini ialah Ibu. Mungkin ada yang memanggil Ibu,Mama,Umi,Mummy dan sebagainya. Namun bagi aku,pada tarikh tersebut,aku telah kehilangan Mama aku buat selama-lamanya.

Ohhhh..Ini merupakan satu kehilangan yang sangat besar.

Pada minggu sebelum pemergian arwah,aku telah mengalami kemalangan jalanraya yang menyebabkan aku terpaksa menanggung kerugian yang agak tinggi. Pada aku,kejadian ini amat berat untuk ditanggung kerana pada usia sebegini,kemampuan dari segi kewangan sangat terhad. Segala duit simpanan aku terpaksa dikeluarkan untuk menampung kos baik pulih kereta. Ku sangkakan,ini merupakan satu kehilangan yang hebat.

Pada 7.30 petang hari sabtu, tanpa pernah terlintas langsung didalam fikiran dan hati,aku telah sekali lagi kehilangan. Ini bukan kehilangan yang biasa. Ini kehilangan yang Maha!

“Mereka yang sudah tidak mempunyai ibu di dunia ini merupakan orang yang sangat miskin!”

Ya,aku setuju dengan kata-kata ayah aku itu. Sangat dan teramat miskin.

Aku sudah tidak mempunyai sumber doa yang paling mustajab di dunia ini. Tiada lagi yang sanggup untuk duduk berjam-jam di atas tikar sembahyang semata-mata untuk mendoakan anaknya dipermudahkan untuk menjawab kertas peperiksaan. Tiada lagi dan tiada lagi.

Maaf,sampai sini sahaja aku mampu untuk taip pada kali ini. Ujian yang maha hebat. Aku redha. Dia pergi dengan baik. Dan aku menjadi saksi bahawa kalimah terakhir yang keluar dari mulut dia merupakan kalimah Allah. :)

Fahmi: Kemungkinan besar entry-entry yang mendatang selepas ini banyak mengenai insan hebat ini. Akan ku kongsikan kepada dunia siapakah Siti Naraubiah Bt Ahmad pada mata masyarakat. Jika aku mampu,akan ku tulis satu buku khas mengenai arwah. Saat dia sudah tiada,baru aku tahu betapa hebatnya arwah di mata masyarakat apabila mendengar cerita-cerita dari mereka yang masih hidup dan pernah hidup bersama arwah.:’)

Jemput baca antara entry aku yang berkaitan dengan arwah.

Kasih Ayah Sepanjang Pagar, Kasih Ibu Sepanjang Jalan

1 Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

Alfatihah~