Assalamualaikum.. Mari kita berkongsi tentang temuduga Mara program ijazah luar negara(PILN) 2012 pulak kali ni. Pagi tadi aku telah menghadiritemuduga Mara. Jadi mungkin aku boleh kongsikan sedikit tips temuduga Mara PILN 2012 di sini.
Jangan hampa jika entry ini tidak memenuhi kehendak pembaca. Aku cuba beri yang terbaik. Temuduga Mara sudah tidak menggunakan konsep temuduga sorang-sorang. Korang dah tak akan ditanya soalan “why do you want to be a doctor” atau yang sewaktu dengannya.
Macam aku tadi, dorang buat group discussion. Jap, untuk pengetahuan ,aku dipanggil temuduga untuk kursus perubatan Jordan. Ok sambung.. Temuduga Mara Program Ijazah Luar Negara 2012 bermula… Kami mendaftarkan diri di meja urusetia. Kami menunggu di luar bilik temuduga.
Group Discussion style
Satu kumpulan 8 orang. Semua dijemput masuk kebilik temuduga dan kami diminta duduk di meja yang disediakan. Meja disusun ala-ala satu mesyuarat akan diadakan. Kami diberi satu situasi untuk dibincangkan dan diperdebatkan antara kami. Maka bermulalah perbincangan antara “doktor-doktor to be“. cewahhhh..hehe..
Aku boleh je nak kongsikan situasi yang telah diberikan kepada kami pagi tadi. Aku tak kesah. Sharing is caring kan? Tapi aku kesah bila ada yang kesah dengan ketidakkesahan aku ini. Faham? haha..aku takut ada yang rasa tidak puas hati.mereka merasa tidak adil apabila mereka yang akan dipanggil temuduga untuk hari kedua telah mendapat soalan bocor.tak adil kan?
Contoh Soalan – Kiasan
Aku boleh bagi contoh yang aku reka sendiri je. “anda diberi duit sebanyak satu billion ringgit. Negara anda sedang mengalami krisis ekonomi. Hanya dengan duit anda sahaja negara ini dapat diselamatkan. Bagaimana anda ingin menggunakan duit anda dengan sebaiknya untuk menyelamatkan negara anda?”
Bagi la sebab untuk setiap perancangan anda itu. Apa macam? Dapat? Hehe..
Tips Temuduga MARA 2012
Meh aku share tips untuk temuduga mara 2012 ni.
1) anda mesti lancar untuk bertutur dalam bahasa inggeris.wajib!
2) anda mesti mempunyai minda yang kritikal dan analitikal. Sebab nanti situasi perbincangan boleh jadi seperti perdebatan. Anda perlu kehadapankan idea anda dan pertahankan.
3) tenang dan ceria. Jangan tunjuk rasa gemuruh anda. Ia akan menyekat idea anda untuk keluar. Nanti blur dan blank.huhu..
4) doa dan selawat banyak2.
Sampai sini je kot. Aku dah tak larat taip.sila sebarkan jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat.:)
Yang terbaik untuk ku
Fahmi : “mama doa yang terbaik. jika zakat terbaik, dapat zakat. jika mara terbaik, dapat mara. Jika dalam negara lebih baik, maka zakat dan mara tak dapat. Kita terima yang terbaik. Kita doa yang terbaik. Insyaallah Allah bagi yang terbaik” doakan yang terbaik untuk aku.
~

mindafahmi
May 11, 2012 -
anon: pen dan kertas boleh je bawa.tapi dorang ada sediakan kertas kosong.kita hanya bawa alat tulis.:)
Anonymous
May 11, 2012 -
thanks
erma nazillah
May 11, 2012 -
nk jd doc ye dik?hehe..alhamdulillah..smoga berjaya..mana2 tmpt pun bleh studi aslkan niat tu btul..all the best!
mindafahmi
May 11, 2012 -
Insyaallah nak jadi doctor! Hehe..doakan saya berjaya dunia akhirat.saya nak jadi doktor fizikal dan hati.insyaallah.:D
Anonymous
May 11, 2012 -
salam..tmpang tnya.lpas dah habis yg group..depa x tnya yg ntok sorang2 plak ka? klo ada..please la share..hehe as u said.. sharing is caring woo~~^^
mindafahmi
May 11, 2012 -
Lepas discussion dorang ada tanya soalan berkenaan discussion tu gak la.macam ” whats your contribution in this discussion” kena jawab on the spot la.hehe..tapinsatu soalan je la.senang je.^^
Anonymous
May 11, 2012 -
adeyh..soklan yg pesyen kna jwab on de spot nie yg bt hypertension nieh–” btw thx for sharing.. debaran smaking trasa–”
mindafahmi
May 11, 2012 -
Hehe..dorang tak main soalan yang boleh hafal teks dah sebab semua orang mampu hafal teks.hehe..Btw,bila interview?:)
Sya Isya
May 13, 2012 -
Amin. Moga Fahmi dapat yang terbaik untuk Fahmi. Sesungguhnya Dia yang maha mengetahui segala yang di langit dan di bumi. Jadi, Dia jugalah yang tahu apa yang terbaik untuk makhluknya.
mindafahmi
May 15, 2012 -
Insyaallah..doakan yang terbaik.:)
Amirah Jasmi
Apr 15, 2013 -
jazakillah ye. esok pun saya ada interview mara jugak. program medic jordan.
zahara
Apr 16, 2013 -
tumpang tanya ye, interview mara awk yg program mara-jpa tu ke? saya punya hari khamis ni
Arieffahmi Abd Razak
Apr 17, 2013 -
goodluck! btw..betul ke nak amek medic? hehehe :p
Arieffahmi Abd Razak recently posted…Tip Belajar | Jadual Peperiksaan Akhir Sudah Keluar
Avy Evanna Janim@charles
Apr 16, 2013 -
hye Amirah Jasmi..Gudluck utk intrview,sy pun g intrview jga 18hb ni..lets do the best anyway…
Arieffahmi Abd Razak
Apr 17, 2013 -
good luck! amek course apa?

Arieffahmi Abd Razak recently posted…Tip Belajar | Jadual Peperiksaan Akhir Sudah Keluar
Avy Evanna Janim@charles
Apr 19, 2013 -
course medic jga..klmarin suda pg tp MARA sdah ubah sistem lh..klmrin dorang x bt intrview pula,just bt 1jam ujian psikometri..45mnit jwab 100soaln objektif n 15 mnit jwab soaln esei..soaln bi tu ada susah ckit..btw,harap2 boleh dpt lgi..