Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan berbanding masing-masing 363 dan 40 calon pada tahun 2010.
“Pencapaian keseluruhan calon SPM 2011 bertambah baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 5.04, berbanding 5.19 pada tahun 2010,” katanya pada majlis pengumuman analisis keputusan peperiksaan SPM di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan itu tahun lalu.
Berdasarkan GPN, Abd Ghafar berkata keputusan SPM 2011 adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun.
Beliau berkata pencapaian GPN calon bandar dan luar bandar bertambah baik dengan calon bandar sebanyak 0.22 iaitu daripada 4.89 pada tahun 2010 kepada 4.67 pada tahun 2011 dan calon luar bandar sebanyak 0.13 iaitu daripada 5.52 pada tahun 2010 kepada 5.39 pada tahun 2011.
Setiap tahun akademik semakin meninggkat. Setiap tahun masalah sosial semakin meningkat. Memang ini sepatutnya yang berlaku ke? Atau ada masalah dalam sistem pendidikan ni?
Provok? Memang aku nak provok. Biar sedar,tersedar,terfikir,dan berfikir.:D
“Result makin ok,tapi budak-budak makin bangang.” Ada satu komen kat FB aku terbaca tadi. Aku sebagai budak agak sedikit sentap.Tapi ada benarnya.huhuhu..
FIKIRKANLAH~


aimaniman
Mar 22, 2012 -
yuppp keputusan spm mcm x logik… budak x pernah lulus sejarah dan cikgu sejarah pun x da bleh dapat A sejarah spm! kenapa…. depa nak kata syarat lulus spm mesti lulus sejarah tu logik?…hang pikiark le
chic lia (lurvecoklet)
Mar 26, 2012 -
hurrrmmm…pkirlah..