Aku sudah berkedutt……..

Untuk pengetahuan semua, aku ni baru form 5. Aku bukanlah seorang yang sudah bekerja mahupun seorang pelajar universiti. Ingat tu!! Aku ni budak bawah umur so kalau aku buat entry yang untuk budak atas umur(ada ke istilah ni?) maka maaf la ye..Tak sengaja. Hehe..

Malam ni aku nak cakap pasal umur. Sejak aku form 3 aku ni selalu dipandang macam orang tua. Perkara yang sering berlaku yang menyebabkan aku terasa macam tu ialah bila aku pergi kenduri. Maka berlakulah dialog kat bawah ni..

“Kamu Belajar kat mana universiti mana sekarang?”


“Kamu kerja kat mana sekarang?”
Dan baru-baru ni…

“Kamu ni balik masa Ops Piramid hari tu ke?”

Aku pun tak tahu kenapa. Kat muka aku ni ada tulis nombor 25 ke? Yang cakap aku ni umur 25.. Aku pelik. Nak kata aku dah berjambang, tak ada la lebat sangat. Aku ada kawan yang lagi lebat jambang dia. Tak ada pulak orang tanya soalan macam tu..

“Lahhhh..kamu nak daftar diri kamu sendiri ke? Ingat kamu nak daftar anak kamu masuk tusyen intensif ni…”

Pergghhh…Muka aku ni muka bapak orang ke? Sampai kerani tu ingat aku nak daftar untuk anak aku. Haha..Lawak pun ada jugak. Awet muda sangat bapak kalau anak dah nak amek SPM tapi muka macam aku. Gila kan kerani tu?Haha..
Aku rasa sebab aku nampak tua atau matang adalah sebab pemakaian aku. Fashion aku. Style aku. Sebenarnya sejak aku form 1 ayah aku dah suruh aku pakai baju berkolar. Kurangkan baju tanpa kolar sebab tak kemas..Aku selalu pakai baju macam ni la..


Ini kalau aku kuar biasa-biasa. Tapi kalau aku keluar pergi kenduri aku akan pakai baju kemeja ataupun baju batik. Style kan?? Ayah aku sangat pentingkan penampilan aku. Tak boleh selekeh-selekeh. Mungkin sebab tu aku nampak tak macam remaja lain kot. Aku berpakaian macam orang dah besar.Huuuu..

Aku pun tak tahu apa perasaan bila orang pandang aku lebih tua berbanding umur sebenar aku..Rasa-rasa bila umur aku 35 orang akan cakap apa pulak??

“Kamu pencen ambil EPF ke pencen?”

Tak mustahil kan? Hahaha…Terima apa yang kita ada. Cuba guna sebaiknya apa yang kita ada. Betul tak?? Hehe..Esok aku nak buat segmen lagi. Bagi aku tajuk dia agak menarik. Jadi siapa yang nak join, boleh la datang usha-usha blog aku esok eh..

Mood:Domino in the House..Lahap pizza jap.Hahaha..